Thursday, June 4, 2009

Rancang

Manusia merancang..
Tuhan juga merancang..
Perancangan Manusia tak selalunya sama dengan Perancangan Tuhan..
Kita hamba hanya perlu merasa..
Merasa Syukur dan Redha..
Merasa Ikhlas dan Sabar..

Tuesday, June 2, 2009

Cinta, Kehidupan & Kebodohan

Cinta, indah disebalik suram..
hati berbunga bersulam duka..
tak keruan bergantung harap..
andai bersama hidup selamanya..
andai tiada meraba mencari makna..

saksi bisu di sebalik semua..
kebodohan merangkul jiwa..
berdamping lupa berpisah jaga..
seribu tahun janji bersama..

mencari satu yang teristimewa..
mata tertutup menjadi buta..
segala yang ada menjadi lupa..
berlalu segala diragut masa..

kalau dapat kupetik bintang beribu..
menjadi hiasan didalam kalbu..
untuk kamu teman yang satu..
penawar raga pengubat rindu..

Ya Allah, bebaskan aku dari belenggu dunia..
Aku berdosa kerana mencari cinta selain CintaMu..
Hambamu ini khilaf dalam mencari makna..
Bahagiakanlah aku disana..

Ya Allah, betapa aku ini tidak bererti tanpaMu..
Betapa aku telah melukakan hati hamba-hamba Mu..
Sesungguhnya aku ini amat benar merindui CintaMu..
Berikan aku secebis kasih Mu..

Sesungguhnya bukan mata ini yang buta, tetapi yang buta adalah mata hati ini..