Friday, April 3, 2009

Mampukah Najib Menyelamatkan Kita?

Hari ini, Jumaat-3 April 09, Najib diangkat menjadi PM ke-6. Mampukah Najib menyelamatkan kita? ramai tidak tahu bahawa krisis ekonomi yg berlaku sekarang bermula semenjak Ogos 2007. pada ogos 2007, panik menular secara perlahan dan senyap ke serata dunia. sistem perbankan mulai tegang. pergerakan ini memberikan kesan domino dan memberi ancaman, sehingga kini, untuk menjatuhkan ekonomi dunia. walaupun kerajaan telah memberi suntikan rangsangan ekonomi, yang dianggarkan sekitar $7 trilion-$9 trilion seluruh dunia, sesetengah company besar seperti Citigroup, AIG, Honda, Toyota dan General Motor masih bergelut.

krisis ini bukan hanya memberi kesan kepada Major Corporation, Multinational Conglomerates, malah turut menjejaskan kestabilan ekonomi setiap keluarga. di Malaysia, dianggarkan sekitar hampir 25,000++ dilaporkan kehilangan pekerjaan.

pada 10 Mac 09, Najib telah membentangkan "bajet mini" sebanyak RM60 bilion sebagai pakej rangsangan ekonomi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia. ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang mempersoalkan dari mana datangnya jumlah RM60 bilion ini? aku pun tertanya-tanya gak, is it a "real money" or "funny money"? secara mudahnya "real money" bermaksud duit yang dijana dari pendapatan negara, duit yang benar-benar diperolehi dari kerajaan melalui sumber pandapatannya. manakala "funy money" bermaksud, kerajaan print duit sendiri. print duit? kerajaan boleh print duit dan "cop" atas nama 'financial bailout' atau 'stimulus package' tetapi sekiranya dilakukan oleh individu, ia dinamakan 'counterfeit' dan ia merupakan satu jenayah. bagaimana ini terjadi?

Ringgit Malaysia bukanlah DUIT dalam erti kata sebenar, sebaliknya matawang. matawang=currencies. 'currencies' diambil dari kata akar 'current' yang bermaksud ombak. umum mengetahui sesuatu yg berombak adalah sesuatu yg mempunyai pergerakan/ movement. Ringgit Malaysia juga mengalami pergerakan. RM60 bilion yg dirangsang adalah bertujuan untuk memastikan 'ombak matawang' kita terus bergerak. sekiranya "funny money" yang disuntik, maka kadar inflasi negara akan terus meningkat, sekaligus membebankan rakyat dan negara. Mampukah Najib menangani semua ini?
-raziftoha-

Quotes of the Days

Concentrate all your thought upon the work in hand. The sun's rays do not burn until brought to a focus.-Alexander Graham Bell

Thursday, April 2, 2009

Pursuit Of Happiness

Are you happy for what you are today? If you had a choice, which of the following would you allow to control your happiness? A) Other people. B) Events and circumstances beyond your control. C) You.

The answer of course, is C. If you aren't happy, you may be allowing other people, and events and circumstances beyond your control to drive your happiness. But why would you do that?
Because you may not know that happiness is a choice and you've decided to let happiness find you instead of you finding happiness. Sure, your brain does a great job of running your heart, lungs, etc., but it can't control its own thoughts, which is really what drives happiness (but you can).

All the happiness you could ever want is already within you and costs nothing. By digging through the noise and minutia of everyday life, you will see tiny glimpses of the spiritual God-source from which all happiness emanates--the very joy of being.

Happiness is when you've gotten really good at being you.
Your first purpose for living is your own happiness. When you've achieved that, you'll automatically fulfill your second purpose--the happiness of others.

Just as letting others control your happiness is a mistake, so is placing the happiness of others on yourself.

Human felicity is produced not so much by great pieces of good fortune that seldom happen, as by little advantages that occur every day.--Ben Franklin

If it suddenly dawns on you that you are pretty happy, you're much happier than that. Comparison more than reality, makes men happy or wretched.--Thomas Fuller

None but those who are happy in themselves can make others so.--William Hazlitt

When one door of happiness closes another opens; but often we look so long at the closed door that we do not see the one which has opened for us.--Helen keller
-raziftoha-

Kemana Kita Pergi Setiap Pagi?

Hari ni LRT penuh macam biasa.. setiap pagi mesti penuh. Kadang-kadang aku tension gak. kemana la diorg ni pergi pagi-pagi ni? persoalan yg mudah, tapi bagi aku mempunyai banyak jawapan..
kemana kita pergi setiap pagi? secara zahirnya kita pergi kerja, cari rezeki.. cari duit. walau apa pun pekerjaan, walau apa pun company, tujuannya sama.. cari duit. sebab tu ramai yg complain bile tak dapat bonus, bonus skit.. ramai yg berpiket kalau tak dapat increment. kadang-kadang aku terpikir berape ramai antara kita yg betul-betul berminat nak datang kerja? berapa ramai yg bekerja kerana minat, bukan kerana duit.
kemana kita pergi setiap pagi? setiap dari kita memainkan peranan di tempat kerja masing-masing. atas dasar tanggungjawab inilah kita pergi setiap pagi 'bekerja'.. tujuannya untuk memajukan diri, negara dan company.. memajukan company? company siapa? atau mengkayakan shareholder?
kemana kita pergi setiap pagi? aku masih ingat nasihat mak aku dulu.. "belajar rajin-rajin, nanti dapat kerja senang.." and then what? live happily ever after? kebanyakan kita akan mencari "safe, secure job".. sebab tu ramai yg nak join government, GLC.. hidup lebih terjamin katanye.. so setiap pagi kita pergi kerja untuk mencari jaminan hidup yg lebih baik ke? dgn kata lain, mencari "perlindungan kewangan" daripada sebarang malapetaka, lebih-lebih lagi dalam kegawatan skrg ni. betul ke?
kemana kita pergi setiap pagi? masa kecik-kecik dulu, aku percaya semua kita ada impian yg hebat.. nak beli kereta besar, rumah besar, beli kapal layar, jet peribadi, melancong seluruh dunia, dan lain-lain.. imaginasi kita tak terbatas. tapi semakin kita besar, impian kita semakin kecil.. semakin kita membesar, impian kita mengecil.. kenapa? sebab semakin kita dewasa, kita rasakan yg kita semakin tak mampu memiliki impian itu.. kenapa? sebab gaji ciput ke? siapa suruh makan gaji.. =) adakah setiap pagi kita pergi mengejar impian kita? atau merealisasikan impian bos kita?
Jadi, kemana kita pergi setiap pagi?
-raziftoha-

Quotes of the Days

If you consistently do your best, the worst won't happen.- by B.C. Forbes

Wednesday, April 1, 2009

How To Raise Capital

A Message from Robert Kiyosaki

"My earliest experiences in a successful manufacturing business taught me the importance of capital. You probably already know that it’s the lifeblood of virtually any entrepreneurial idea. Without capital there can be no tools, materials, workforce, or facilities to support them. It can also play a critical role in getting the attention of your potential customers; before revenue can start rolling in on that big idea, you need capital to tell people about it through marketing, sales, and distribution."



APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satumasa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadijutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untukmelihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!
**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, merekalah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat. Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya anda bekerja <40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakanusaha anda!
**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan. Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan, pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan matlamat terlebih dahulu!
**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain. Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.
**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua juta ringgit lagi kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka yang banyak membaca.
**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang sering dipaparkan di kaca TV, suka membazir, maka, perbetulkan perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramatkecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.
**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "TheMillionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi. Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah untuk anda!
**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka ianya menjadi semakin sukar untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil, tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!
**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya. Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no shortcuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan" terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya. Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat datang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan bersedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire" edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara. Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi "Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.
-Irfan Khairi- (Jutawan Internet Pertama Malaysia)


Anak Melayu Terkaya Di Dunia



LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
Umur
- 57 tahun (2009)
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Kekayaan - RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007 - Ke 7 terkaya di Malaysia - Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes) -
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,- BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat Kereta - Proton Perdana
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.


BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah . Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan..
-Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary-

Quotes of the Days

Your purpose explains what you are doing with your life. Your vision explains how you are living your purpose. Your goals enable you to realize your vision.- by Bob Proctor

Tuesday, March 31, 2009

Rich Dad Poor Dad?


Rich Dad Poor Dad, one of the most influential book i ever read.. written by Robert T. Kiyosaki.. for those who never heard or never read it, go buy one now! Money is a very sensitive subject.. eventhough money is not everything, but everything need money. if you want to take control of your life, this book is a must for you.

Don't blame it on the moonlight

I'm often amazed at the number of people lamenting about the difficult conditions today. They complain about their suppliers, their wholesalers and of course, their customers. Then they move on to the economy, the internet, AFTA, IMF and of course, the ultimate-fall-guy-for-all-the-problems- facing-the-world today - Al-Qaeda recruiters.
And at the same time, I too see folks that are doing well - incredibly well - despite all the negative things mentioned earlier. Somehow, the two don't click. If times were really hard, then all of us would be in trouble. If the economy were really tanked, then all of us would be drowning. Hey, after all we are in the same pothole.
But no, some people are doing extremely well. And as I do know some of these people, I can tell you that they are not from a different planet. They are facing the same problems the rest of us are facing. The same cannons - AFTA, white men and cheap labor from China - are pointing at them just as much as they do at you and I.
Except that these folks don't complain. They accept it, roll up their sleeves and then go out there and do their stuff. In other words, they roll on regardless of what is happening in the outside world. And almost always, these rollers are the ones that are raking in the money. Good times, bad times, recession, depression, war - it doesn't matter. They will still be raking in the money.
But I do understand why most - as in ninety percent - stand in the corner and complain. It's easy. It's easy to condemn, complain and criticize. It doesn't require effort, brains, ability and yes, not even money. Which is why so many are doing it. Which is also why their names will not be in the Forbes Richest Men in Malaysia list.
But if you want more, then you have to rise above the sheep. Stop complaining, and go ahead and do what is it that you want to do. Sure, you will make mistakes and sure, you will stumble and fall. And yes, some may even complain, criticize...and you know the rest of the line. But so what? Colonel Sanders was turned down over a thousand times before somebody took on his offer to market his chicken recipe. Thomas Edison failed over 14,000 times before perfecting the light bulb.
I started to rake in money the day I accepted responsibility for my actions. That means that I accepted that all the bad, negative and rainstorms in my life were because of my own doing. The harsh reality is this - nobody forced me to spend all my money. No one pointed a gun to my head and forced my to buy anything. Nobody forced me to buy shares in useless companies, buy fancy cars that I cannot afford and no one forced me to live beyond my means. In other words, I was broke because I - and only I - did it to myself.
So I decided to own up when I made mistakes. I decided that I would not blame anyone for all the wrong moves that I knew I was going to make. I will not blame the situation, the government, the economy, Satan or even fate. I will blame Azizi Ali.
And I will tell you this: the moment I accepted responsibilities for all my actions, I started to make real money.
Despite the hailstorm that would rain down on me by doing the above (that I know some of you are thinking), actually the opposite happened. The mistakes became less. The errors became few and far between. And yes, the wins became grander. The winnings became bigger.
Then I discovered another thing: there is always a place - a lofty spot - for a person who accepts responsibilities for his actions. In a world where everyone is quick to point the finger to another party, the person who is willing to take responsibilities will be welcomed with open arms.
So, stop blaming your woes on external parties and events. Don't blame it on the sunshine, don't blame it on the moonlight, don't blame it on the bad times - blame it on the man in the mirror.
The good thing is this: if you accept responsibility for the bad things in your life, it also means that you are the one responsible for all the good things - big house, fancy car, beautiful wife, good health, good friends and the mountain of gold - in your life! And isn't that what all of us want?
-Azizi Ali-

Quotes of the Days

Always bear in mind that your own resolution to succeed is more important than any one thing.- Abraham Lincoln

Monday, March 30, 2009

'Time to work together'

‘To all politicians, be humble, be truthful and be transparent to the rakyat, and the rakyat will return the favour by voting you in again at next election. In short, stop quarreling and get back to work.'-www.malaysiakini.com