Thursday, April 2, 2009

Kemana Kita Pergi Setiap Pagi?

Hari ni LRT penuh macam biasa.. setiap pagi mesti penuh. Kadang-kadang aku tension gak. kemana la diorg ni pergi pagi-pagi ni? persoalan yg mudah, tapi bagi aku mempunyai banyak jawapan..
kemana kita pergi setiap pagi? secara zahirnya kita pergi kerja, cari rezeki.. cari duit. walau apa pun pekerjaan, walau apa pun company, tujuannya sama.. cari duit. sebab tu ramai yg complain bile tak dapat bonus, bonus skit.. ramai yg berpiket kalau tak dapat increment. kadang-kadang aku terpikir berape ramai antara kita yg betul-betul berminat nak datang kerja? berapa ramai yg bekerja kerana minat, bukan kerana duit.
kemana kita pergi setiap pagi? setiap dari kita memainkan peranan di tempat kerja masing-masing. atas dasar tanggungjawab inilah kita pergi setiap pagi 'bekerja'.. tujuannya untuk memajukan diri, negara dan company.. memajukan company? company siapa? atau mengkayakan shareholder?
kemana kita pergi setiap pagi? aku masih ingat nasihat mak aku dulu.. "belajar rajin-rajin, nanti dapat kerja senang.." and then what? live happily ever after? kebanyakan kita akan mencari "safe, secure job".. sebab tu ramai yg nak join government, GLC.. hidup lebih terjamin katanye.. so setiap pagi kita pergi kerja untuk mencari jaminan hidup yg lebih baik ke? dgn kata lain, mencari "perlindungan kewangan" daripada sebarang malapetaka, lebih-lebih lagi dalam kegawatan skrg ni. betul ke?
kemana kita pergi setiap pagi? masa kecik-kecik dulu, aku percaya semua kita ada impian yg hebat.. nak beli kereta besar, rumah besar, beli kapal layar, jet peribadi, melancong seluruh dunia, dan lain-lain.. imaginasi kita tak terbatas. tapi semakin kita besar, impian kita semakin kecil.. semakin kita membesar, impian kita mengecil.. kenapa? sebab semakin kita dewasa, kita rasakan yg kita semakin tak mampu memiliki impian itu.. kenapa? sebab gaji ciput ke? siapa suruh makan gaji.. =) adakah setiap pagi kita pergi mengejar impian kita? atau merealisasikan impian bos kita?
Jadi, kemana kita pergi setiap pagi?
-raziftoha-

No comments:

Post a Comment