krisis ini bukan hanya memberi kesan kepada Major Corporation, Multinational Conglomerates, malah turut menjejaskan kestabilan ekonomi setiap keluarga. di Malaysia, dianggarkan sekitar hampir 25,000++ dilaporkan kehilangan pekerjaan.
pada 10 Mac 09, Najib telah membentangkan "bajet mini" sebanyak RM60 bilion sebagai pakej rangsangan ekonomi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia. ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang mempersoalkan dari mana datangnya jumlah RM60 bilion ini? aku pun tertanya-tanya gak, is it a "real money" or "funny money"? secara mudahnya "real money" bermaksud duit yang dijana dari pendapatan negara, duit yang benar-benar diperolehi dari kerajaan melalui sumber pandapatannya. manakala "funy money" bermaksud, kerajaan print duit sendiri. print duit? kerajaan boleh print duit dan "cop" atas nama 'financial bailout' atau 'stimulus package' tetapi sekiranya dilakukan oleh individu, ia dinamakan 'counterfeit' dan ia merupakan satu jenayah. bagaimana ini terjadi?
Ringgit Malaysia bukanlah DUIT dalam erti kata sebenar, sebaliknya matawang. matawang=currencies. 'currencies' diambil dari kata akar 'current' yang bermaksud ombak. umum mengetahui sesuatu yg berombak adalah sesuatu yg mempunyai pergerakan/ movement. Ringgit Malaysia juga mengalami pergerakan. RM60 bilion yg dirangsang adalah bertujuan untuk memastikan 'ombak matawang' kita terus bergerak. sekiranya "funny money" yang disuntik, maka kadar inflasi negara akan terus meningkat, sekaligus membebankan rakyat dan negara. Mampukah Najib menangani semua ini?
-raziftoha-
No comments:
Post a Comment