Thursday, April 9, 2009

Mimpi


beberapa hari yg lepas, aku bermimpi tentang kehilangan ahli keluarga.. dalam mimpi tu, aku tak dapat menyelamatkan adik aku dari ditimpa musibah.. dalam mimpi itu juga aku dan pasukan penyelamat menjumpai adik aku di bawah jambatan.. aku masih ingat aku menangis, menyesal, marah kepada diri sendiri sambil memeluk adik aku.. bila aku terjaga, mujurlah yg ianya hanyalah mimpi.. aku bersyukur semuanya selamat. semuanya normal, takde ape yang berlaku.

aku juga pernah bermimpi pergi melawat satu tempat yang cantik, menaiki kereta mewah, jumpa awek cun.. =) tapi itu semua mimpi.. ada ketikanya aku menyesal yang aku tak berbuat sesuatu dalam mimpi aku. kenapa kita tak bole control mimpi kita? it just happen.. kalau la diberi peluang untuk aku control mimpi aku, aku akan pilih utk pergi ketempat yang aku inginkan.. menaiki kenderaan yang aku pilih.. bersama sesiapa sahaja yg aku suka.. pada bila-bila masa..

bila kerap bermimpi, aku terfikir, hidup yang aku lalui sekarang ni.. realiti atau mimpi? keyboard yang aku taip, monitor yang aku pandang, baju yang aku pakai, kerusi yang aku duduk, meja, tingkap di tepi aku, air yang aku minum, fail, bangunan yang aku berada sekarang, tanah yang aku pijak, kereta yang lalu di jalanraya, awan putih, bukit-bukit hijau, matahari yang bersinar, langit yang membiru, angin yang menghembus, bunyi-bunyian lagu, bau haruman, adakah ini semuanya realiti atau aku sedang bermimpi?

mungkinkah suatu hari nanti, kita semua akan terjaga dari 'tidur' yang panjang ini dan berkata, "Ya Allah, aku sebenarnya bermimpi.."

sebagaimana mimpi, kita tahu yang semua yang berlaku adalah tidak nyata dan tidak kekal.. justeru, apa yang kita cari dalam mimpi kita?

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
(Al-Imran:185)

Santapan Terakhir Raja Bersiong


Aku ini bukan disanjungi purbakala
Kan ku sembahkan hikayat berdarah
paduka baginda
Lagu ini bukan satu kehidupan
Misteri petaka yang dilupakan
Perhatian diri mencengkam kesesatan
Menangisi undangan kebesaran

Ku himpunkan bengis purbakala (Ku hiburkan monyet purbakala?)
Hidangan santapan paduka baginda
Hikayat berdarah chetera bara pawaka
Tempat di kunjung mengundang celaka
Berakit berganjak kaki
Gempita serakah tuju kehancuran
Raja menuju kesesatan
Menghitung ajal

Kan ku sembahkan
Moga penglipurlara
Hikayat berdarah paduka baginda

Berakit berganjak kaki
Gempita serakah tuju kehancuran
Raja menuju kesesatan
Menghitung ajal

Kan ku sembahkan
Moga penglipurlara
Hikayat berdarah paduka baginda

Andai tujuh lautan darah kalian persembahkan sekalipun
Nescaya, tak akan hilang hausku ini.
-sil-khannaz-

Quotes of the Days

The indispensable first step to getting the things you want out of life is this: decide what you want.- Ben Stein

Wednesday, April 8, 2009

Sultan Mahmud mangkat dijulang

Mengikut kitab hikayat Tufat n' Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan, iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II.

Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada sultan. Wan Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Wan Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Wan Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.

Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cermelang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.

Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba.

Derhakakah Laksamana Bentan terhadap Sultan?
Berhakkah Sultan menjatuhkan hukuman sebegitu?
Bagaimana sekiranya Laksamana Bentan mendapat sokongan rakyat?
Bagaimana pula sekiranya Laksamana Bentan berkata "Ampun Tuanku, Patik mohon sembah derhaka"?
-raziftoha-

Quotes of the Days

A winner makes commitment. A loser makes promises.

Tuesday, April 7, 2009

Behind Bars?

Pada 4 April 2009, kerajaan telah membebaskan seramai 13 orang tahanan ISA. ramai yg menyambut baik tindakan ini, terutama sekali ahli keluarga mereka yg terbabit. alasan yang diberikan, mereka ini tidak lagi memberi ancaman kepada negara. aku sendiri mengalu-alukan pembebasan ini kerana, "NO DETENTION WITHOUT TRIAL". Bagi aku, semua yang ditahan di ISA adalah Habeas Corpus.

aku masih ingat lagi waktu aku mengikuti program "Behind Bar" sewaktu belajar di universiti dulu. aku di'sumbat' kedalam penjara ayer molek di JB (penjara ini dibuka pada 1883-2005) untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di dalam penjara. bertemankan pintu besi dan dinding bisu, aku dapat merasakan betapa nikmatnya berada di luar. baru aku faham makna KEBEBASAN yang sebenar. bagi aku harga kebebasan ini tidak ternilai.

kadang-kadang aku terfikir, 'mereka-mereka' yang sewenang-wenangnya menghantar seseorang kepenjara ini, adakah mereka tahu bagaimana ertinya apabila hidup di sebalik jeriji besi ini? kebiasaan kita akan lebih merasai sesuatu apabila kita kehilangannya.. itulah yang aku rasa apabila 'kebebasan' dirampas dari aku walaupun cuma untuk sehari.

Adakah Kita Semua Benar-Benar Bebas?

adakah hari ini kita bebas melakukan apa sahaja yang kita mahu?(of course, didalam batas-batas yang dibenarkan agama & undang-undang) adakah kita sudah mencapai segala impian kita? atau kita masih disini? ditempat yang sama kita berada 2, 5, 10 atau 20 tahun yang lepas?
aku percaya kita semua mahukan kebebasan.. kita mahukan kebebasan bersuara, kebebasan berkarya, kebebasan media, dll.. tetapi apabila menyentuh soal kewangan, kebanyakan kita tidak mencari kebebasan kewangan (financial freedom), sebaliknya mencari jaminan kewangan(financial security).. kenapa?

the only place that have Complete Security is PRISON.
-raziftoha-

Quotes of the Days

Be thankful for what you have; you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough.- Oprah Winfrey

Monday, April 6, 2009

OBAMA AND THE FINANCIAL CRISIS

1. When President Obama made a bid for three trillion dollars in order to deal with the financial crisis, I assumed that like the immediate past President and the Head of the Federal Reserve, he was going to use the money to bail out the failed banks and financial institutions.

2. This would be an exercise in futility because those banks and institutions failed because they cheated, because they abused the system. The only way they could be restored is by allowing them to cheat and abuse again, creating money out of thin air and lending 20 to 30 times more of this money to the funds held by the borrowing institutions for them to invest. It is this practice which has precipitated the financial crisis.

3. The bailouts have clearly failed. Increasing the amounts of bailout will not result in success. The failure will only get worse. It's the classical sending good money after bad money.

4. Now Obama and Brown are talking of going against the powerful financial elites. Brown implicated a shadow banking system based in financial havens - a system that has been beyond the control of Governments, and bereft of rules and regulation.

5. For decades the shadow banking system has been raping the world. Previous Governments had been forced to cover up their depredations. The bubble they created should have burst earlier. But the political elites did not have the guts. And so the abuses and cheatings had gone on until they became so big that cover-ups became no longer possible.

6. And when the bubble bursts the miscreants expected as a matter of right for the political backers to help then recover through bailouts with public money.

7. Now it seems there is a leader who dares to take on the powerful financial barons.

8. If I am not wrong I think Obama is about to destroy the cozy relationship between the American political elites and the financial elites.

9. This is because the only way to stop the rot is to destroy completely all the failed banks and financial institutions including the great insurance companies. They must not be revived, much less restored to their former selves.

10. Their victims should be helped out but they too must not be fully recompensed.

11. The world must return to doing real business - that of producing goods and supplying services. This will lead to the economies of the rich in particular to shrink. The GDP and the per capita will be much reduced.

12. There is no way this impoverishment of the rich can be avoided. There is no way the world can avoid a shrinkage of the total world economy, if we are going to stop a repetition of this financial crisis.

13. I hope Mr Obama will break the stranglehold of the financial elites on the political elites of America.
-Tun Dr. Mahathir Mohamad-

Quotes of the Days

Determination is the wake-up call to the human will.-Anthony Robbins