Tuesday, April 7, 2009

Behind Bars?

Pada 4 April 2009, kerajaan telah membebaskan seramai 13 orang tahanan ISA. ramai yg menyambut baik tindakan ini, terutama sekali ahli keluarga mereka yg terbabit. alasan yang diberikan, mereka ini tidak lagi memberi ancaman kepada negara. aku sendiri mengalu-alukan pembebasan ini kerana, "NO DETENTION WITHOUT TRIAL". Bagi aku, semua yang ditahan di ISA adalah Habeas Corpus.

aku masih ingat lagi waktu aku mengikuti program "Behind Bar" sewaktu belajar di universiti dulu. aku di'sumbat' kedalam penjara ayer molek di JB (penjara ini dibuka pada 1883-2005) untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di dalam penjara. bertemankan pintu besi dan dinding bisu, aku dapat merasakan betapa nikmatnya berada di luar. baru aku faham makna KEBEBASAN yang sebenar. bagi aku harga kebebasan ini tidak ternilai.

kadang-kadang aku terfikir, 'mereka-mereka' yang sewenang-wenangnya menghantar seseorang kepenjara ini, adakah mereka tahu bagaimana ertinya apabila hidup di sebalik jeriji besi ini? kebiasaan kita akan lebih merasai sesuatu apabila kita kehilangannya.. itulah yang aku rasa apabila 'kebebasan' dirampas dari aku walaupun cuma untuk sehari.

Adakah Kita Semua Benar-Benar Bebas?

adakah hari ini kita bebas melakukan apa sahaja yang kita mahu?(of course, didalam batas-batas yang dibenarkan agama & undang-undang) adakah kita sudah mencapai segala impian kita? atau kita masih disini? ditempat yang sama kita berada 2, 5, 10 atau 20 tahun yang lepas?
aku percaya kita semua mahukan kebebasan.. kita mahukan kebebasan bersuara, kebebasan berkarya, kebebasan media, dll.. tetapi apabila menyentuh soal kewangan, kebanyakan kita tidak mencari kebebasan kewangan (financial freedom), sebaliknya mencari jaminan kewangan(financial security).. kenapa?

the only place that have Complete Security is PRISON.
-raziftoha-

No comments:

Post a Comment