Tuesday, April 28, 2009

Perjalanan

2 minggu lepas aku pergi Terengganu atas urusan kerja.. petang ni pulak aku akan ke Johor Bahru. kalau tak kerana bos ajak, malas aku nak pergi. sebab perjalanan yg akan dilalui agak memenatkan.. walaupun kadang-kadang seronok.

inilah kehidupan, sentiasa melalui proses perjalanan dari suatu tempat ke tempat yg lain. kalau diimbas kembali, sepanjang 26 tahun ni, aku telah melalui berbagai bentuk perjalanan.. samada dalam bentuk fizikal, mahupun spiritual..

antara perjalanan spritiual yg memberi kesan yg hebat dalam hidup aku adalah sewaktu aku mengikuti kursus ESQ 165.. walaupun yuran yg dikenakan agak mahal, RM1380, tapi bagi aku begitu hebat sekali pendedahan yg diberikan..

aku mempunyai 1 impian dalam perjalanan aku ni.. aku ingin sekali mengembara keseluruh dunia.. melihat, mendengar dan merasa betapa dunia ini begitu penuh dengan misterinya.. bak kata m.nasir, "lihat dunia dari mata burung, atau lihat dari dalam tempurung." yang mana satu engkau pilih?
-raziftoha-

No comments:

Post a Comment